Kelas Asas Microsoft Office & Online Tiket

NAMA : BRAINANDEZ ANAK ROBERT    

UMUR : 16 TAHUN

AHLI  : 25.2.2017

PENDIDIKAN : TINGKATAN 4

SEKOLAH : SMK TEBEDU

Latar belakang

Adik Brainandez Robert merupakan pelajar Tingkatan 4 di SMK Tebedu, Sarawak. Sebelum menjadi ahli PI Tebedu, beliau berpendapat bahawa PI Tebedu ini merupakan cyber café. Tetapi selepas mengikuti rakan beliau ke PI Tebedu, Adik Brainandez melihat banyak perbezaan PI Tebedu dengan cyber café. Antaranya, latihan ICT yang percuma dan juga mendapat ilmu daripada petugas PI Tebedu. Selepas melihat perbezaantersebut akhirnya beliau mendaftarkan diri sebagai ahli PI Tebedu. Beliau juga mengikuti kelas Intel Easy Step dan kelas pembangunan laman web. Beliau juga aktif mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PI Tebedu. Malah kini beliau juga mahir berkomputer malah juga mahir berinternet disamping menjadi pengguna yang beretika.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan PI Tebedu, adik Brainandez Robert tidak mengetahui keistimewaan PI walaupun sudah diuarkan-uarkan dari kampung-kampung oleh petugas PI. Beliau beranggapan bahawa PI adalah seperti cyber café. Malah beliau juga tidak memiliki kemahiran berkomputer pada mulanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli PI Tebedu, adik Brainandez kini aktif mengikuti setiap aktiviti yang dianjurkan di PI Tebedu. Malah beliau kini juga mahir berkomputer. Pernah beliau berasa gembira kerana beliau kini pandai menempah tiket penerbangan secara atas talian. Malah beliau juga sudah pandai "check in" secara online juga.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara untuk membangunkan laman blog sendiri
- Mengikuti kelas Intel Easy Step di PI Tebedu
- Mempelajari cara-cara beretika ketika melayari internet
- Mengikuti kelas Asas Berkomputer

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu Adik Brainandez secara praktikalnya ketika mengikuti latihan-latihan di PI Tebedu
- Memberi kelas tambahan

Usahawan Ternakan Ayam

NAMA : DARI ANAK LAPENG   

UMUR  :  49 TAHUN

AHLI  : 2017

PERKERJAAN : PETANI

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH

Latar belakang

           Puan Dari mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan bermula dari tahun lepas iaitu tahun 2016. Beliau merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak dimana dua orang anaknya masih bersekolah. Untuk menambah pendapatan keluarga, selain pertanian, beliau juga bekerja di kantin sekolah pada hari persekolahan. Manakala, pada hujung minggu, beliau akan pergi ke huma. Akan tetapi, beliau masih kekurangan wang perbelanjaan maka timbul niat beliau untuk membuat perniagaan ternakan ayam. Beliau cuba memohon skim bantuan melalui perkhidmatan PI Tebedu. Pihak PI Tebedu membantu beliau membuat surat permohonan sehinggalah beliau mendapat skim bantuan berkenaan pada tahun lepas. Beliau dibekalkan dengan 100 ekor anak ayam beserta baja dan juga khidmat membuat reban ayam beliau. Beliau menyatakan hasrat untuk mempelajari E-Keusahawanan kepada Pengurus PI Tebedu supaya beliau dapat mengendalikan perniagaan beliau.

        Beliau kini mengikuti latihan E-Keusahawanan bersama dengan Pengurus PI Tebedu di rumah beliau sendiri. Ini kerana, beliau tidak mempunyai kenderaan persendirian untuk pergi ke Pusat Internet (PI). Tetapi melihat kepada semangat beliau ingin mempelajari kursus E-Keusahawanan maka pihak PI sanggup ke rumah beliau untuk mengajar beliau. Beliau dibekalkan dengan notebook daripada pihak PI Tebedu. Pada musim perayaan Gawai lepas, beliau mula menjual ayam-ayam beliau. Beliau mendapat ramai pelanggan terutamanya daripada penduduk kampung beliau sendiri. Beliau kini mempunyai ilmu keusahawanan malah mampu mengurus perniagaan beliau dengan bantuan anak-anak beliau. Beliau amat berterima kasih dengan pihak PI Tebedu kerana sudi membantu beliau dari awal perniagaan sehingga kini. Malah kini, beliau mempelajari untuk membina blog perniagaan beliau sendiri bersama dengan pihak PI Tebedu. Disebabkan perniagaan beliau yang laris pada musim Gawai yang lepas, kini beliau akan dibekalkan dengan 200 anak ayam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 150 - RM 300 sahaja sebulan. Pada ketika ini beliau masih belum menjalankan perniagaan ternakan ayam beliau. Beliau Cuma mengharapkan gaji di kantin sekolah dan hasil jualan tanaman beliau seperti sayur cili yang terkenal di kalangan masyarakat Bidayuh.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan PI Tebedu, beliau kini mampu mengurus perniagaan beliau. Malah beliau juga mempelajari cara-cara promosi dan pengurusan perniagaan bersama dengan pihak PI Tebedu. Kini pendapatan beliau mampu mencecah RM 700 – RM 1000 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui blog
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
- Mempelajari cara dealing dengan pelanggan

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas tambahan iaitu latihan E-Keusahawanan

 

BELAJAR ASAS MICROSOFT OFFICE & MEMBUAT BLOG

 NAMA : ALVEN ANAK ACHAI        

UMUR : 19 TAHUN

AHLI : 2016

PEKERJAAN : MENJUAL PRODUK ONLINE       

PENDIDIKAN : LEPASAN STPM

33

Latar Belakang

        Alven Achai merupakan bekas pelajar lepasan STPM 2016 yang berasal dari Kampung Tebedu Bung Padus. Beliau sangat berminat untuk mengenali komputer serta ingin mempelajari penggunaan aplikasi serta laman web. Beliau ingin menjadi seseorang yang mahir dalam mengggunakan komputer sebagai persediaan beliau sebelum meneruskan pengajian beliau ke peringkat yang lebih tinggi. Ini kerana beliau percaya bahawa, penggunaan komputer banyak digunakan terutamanya dalam membuat kerja kursus.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan dengan PI

Alven kurang mahir dalam penggunaan internet terutamanya apabila menggunakan aplikasi – aplikasi yang baru. Malah, untuk memuat turun atau memuat naik sesuatu multimedia.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan dengan PI

Selepas mengikuti kelas pembangunan blog di PI Tebedu, Alvin kini mahir dalam menggunakan internet serta aplikasi yang digunakan ketika membina laman blog. Memandangkan, google blog tidak dapat berfungsi dengan baik, maka Alvin diperkenalkan aplikasi WIX untuk tujuan pembinaan blog. Aplikasi yang digunakan juga mesra pengguna, sangat sesuai untuk tujuan pendedahan dan pembelajaran seperti Alvin Achai. Malah, beliau kini mahir untuk mengisi UPU secara dalam talian dengan bantuan petugas.

Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari asas pembangunan laman web – blog.
- Mempelajari cara untuk memuat turun atau memuat naik gambar ke dalam blog.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- Memberi kelas tambahan
- Memberi pendedahan tentang aplikasi-aplikasi yang baru menerusi laman sesawang

 

 

 

Usahawan Tani & Online Tani

NAMA : MALEK ANAK JIGAK  

UMUR : 47 TAHUN

AHLI  : 2017

PEKERJAAN : PETANI

PENDIDIKAN : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA    

Latar Belakang

         Encik Malek merupakan seorang usahwanan dan petani sepenuh masa untuk penanaman lada, padi huma dan juga seorang pengusaha ladang sawit. Beliau menjual anak semaian lada baharu dari pokok induk dan juga Beras Kateng atau nama saintifiknya Beras B2 dimana ianya bagus untuk kesihatan. Selain menjual beras Kateng, beliau juga turut menjual Beras Nestle. Beras Nestle juga sesuai untuk sesiapa yang mementingkan kesihatan.

        Beliau mula menjual anak benih lada baharu seliau secara kecil-kecilan disekitar Kampung Tubih sejak 2 tahun yang lalu. Disamping menjual anak semaian lada yang baharu, beliau turut menanam pokok lada sendiri. Beliau turut memberi tip-tip penjagaan anak benih kada yang baharu supaya ianya tumbuh dengan baik dan memberi hasil yang memuaskan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan dengan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 50 – RM 150 sahaja sebulan. Malah produk beliau hanya dikenali oleh penduduk sekitar dan yang terdekat sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan dengan PI

Dengan mengikuti latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Tebedu, Encik Malek kini mampu mengendalikan perniagaan beliau dimana kini yang berubah ke skala yang lebih besar. Malah Pi1m Tebedu juga membantu beliau mempromosikan produk beliau. Pendapatan bulanan beliau kini di dalam linkungan RM 200 – RM 300. Malah pelanggan beras kateng beliau juga terdiri daripada guru-guru sekolah rendah dan juga daripada staf – staf Klinik Tebedu.

Apa yang dipelajari melalui PI1M
- Mengikuti kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh PI Tebedu
- Menggunakan Microsoft Office untuk belajar menaip dan excel untuk pengiraan.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Mempromosi produk Encik Malek melalui PI
- Membina blog untuk mempromosikan produk Encik Malek

 

 

 

 

 

 

USAHAWAN BURGER & ROTI CANAI

NAMA : ZAMBRI ALE                       

UMUR : 37 TAHUN

AHLI : 2017

PEKERJAAN : PENIAGA GERAI MAKAN & MINUMAN   

PENDIDIKAN : SEKOLAH MENENGAH

 32

Latar Belakang

Encik Zambri Ale @ Jamboi, seorang usahawan burger dan roti canai sepenuh masa dimana beliau mengahasilkan menu burger dan roti canai yang berbagai yang dibuat sendiri oleh beliau sendiri. Beliau turut dibantu oleh isteri yang juga mempunyai gerai makan di Inland Port Tebedu. 

Hasil produk makanan yang dikeluarkan oleh Encik Zambri Ale dibeli dan ditempah oleh komuniti di sekitar daerah Tebedu ini. Menu yang masih panas menjadi tarikan bagi sesiapa yang mahu merasainya. Pelanggan-pelanggan beliau terdiri dari komuniti daerah Tebedu dan Indonesia yang selalu sarapan pagi di cafe beliau.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan dengan PI

Sebelum mahir dalam bidang ICT, beliau kurang dikenali oleh komuniti setempat. Kini setelah mendapat bimbingan petugas PI Tebedu, beliau boleh membuat facebook dan email sendiri. Dimana beliau kurang berminat untuk melayari internet dan perniagaan secara online.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan dengan PI

Melalui kelas latihan ICT/ keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Tebedu, beliau telah mempromosikan perniagaan beliau kepada komuniti setempat daerah Tebedu khususnya. Sebelum ini, pendapatan harian beliau antara RM30-RM50 sahaja. Kini pendapatan beliau agak meningkat antara RM50-RM70 bagi sehari jualan di Café Jamboi-Mira apabila mempromosikan dalam facebook beliau.

 Apa yang dipelajari melalui PI

- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB dan Whatsapp.
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi perniagaan makanan yang diusahakan oleh beliau.
- Mempelajari cara-cara baru resepi menu burger dan roti canai melalui Youtube.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu mempromosikan produk.
- Memberi kelas tambahan ICT yang terbaru.
- Membantu mempromosikan Video tentang perniagaan saya di Youtube dan Portal PI Tebedu.
- Membantu secara berterusan untuk menjadi usahawan yang Berjaya dari semasa ke semasa