Nama Aktiviti : Kelas Asas Keusahawanan Belia

Tarikh : 1,2,3,5 April 2024, Khamis

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Latihan

Kehadiran :  4 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia)   

Tujuan :

a) Melatih bakal-bakal usahawan muda yang berkebolehan untuk membangun perniagaan sendiri di masa depan.

b) Mengasah minat para belia untuk menceburi bidang perniagaan atas talian secara kecil-kecilan di peringkat awal.

c) Menyediakan platform media periagaan kepada para belia yang baru hendak berjinak-jinak menjalankan perniagaan sendiri.

d) menyemai keyakinan kepada komuniti bahawa perniagaan secara atas talian atau bersemuka boleh dijadikan pendapatan bulanan atau mingguan.  

 

Aktiviti :

i) Komuniti didedahkan dengan latihan merangka kertas kerja perniagaan yang mudah serta senang difahami selok-belok perniagaan semasa.

ii) Latihan membuat poster dan katalog produk-produk perniagaan yang bakal dibangunkan oleh komuniti sendiri secara atas talian.

iii) Penggunaan applikasi yang baru diajar kepada komuniti agar mudah mereka mempromosikan produk-produk mereka  di media sosial.

iv) Kemahiran cipta-reka dan edit slide pembentangan perniagaan oleh komuniti sendiri.

 

Gambar disini

 

Nama Aktiviti : Penerangan Penawaran Peluang Pendidikan Di MSU College Sarawak

Tarikh : 4 April 2024, Khamis

Masa : 10 pagi

Tempat : Ruangan Pengguna NADI Tebedu 

Tujuan :

a) Mempromosikan peluang-peluang pendidikan di MSU College kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang berminat untuk mendaftar menyambung pendidikan selanjutnya.

b) Memberi taklimat kepada mereka yang lepasan SPM untuk meracang meneruskan pengajian di peringkat Diploma atau Sarjana.

c) Menjimatkan masa serta menyediakan maklumat pendidikan lanjutan kepada lepasan SPM yang ingin mendaftar.

d) Memberi pilihan kepada lepasan SPM untuk mendaftar bidang yang mereka minati di IPTA atau IPTS.

 

Aktiviti :

i) Pegawai MSU College Sarawak mendaftar kehadiran lepasan SPM yang datang ke NADI Tebedu

ii) Penerangan permohonan secara manual atau atas talian oleh pegawai terlibat.

iii) Bakal-bakal pelajar yang ingin mendaftar dimaklumkan ada bantuan dana untuk lanjutan pendidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

iv) Komuniti boleh memilih sendiri bidang pengajian yang di minati oleh mereka.

 

Gambar disini

 

Nama Program : Kelas Asas ICT & Multimedia Lepasan Sekolah   

Tarikh : 18-19 Mac 2024, Isnin - Selasa

Masa : 2.00 -4.30 petang

Tempat : Bilik Latihan

Kehadiran : 4 orang 

Tujuan ;

i. Memberi kemahiran baru kepada komuniti terutamanya lepasan sekolah yang memerlukan Sijil Asas ICT.

ii. Menyediakan peluang belajar kepada komuniti yang kurang kemampuan untuk mendapatkan sijil.

iii. Mendedahkan teknologi ICT yang asas untuk memudahkan komuniti mencari peluang-peluang pekerjaan semasa.

 

Aktiviti ;

a. Modul pembelajaran disediakan oleh petugas kepada komuniti yang mendaftar kelas.

b. Sesi pembentangan modul menggunakan whiteboard untuk menerangkan isi kandungan pembelajaran.

c. Setiap tamat modul yang dipelajari, petugas akan memberi latihan bagi menguji kefahaman serta kemahiran komuniti.

 

Gambar disini

 

Nama Program : Kelas Asas Keusahawanan Lepasan Sekolah   

Traikh : 22-23 Mac 2024 , Khamis-Jumaat

Masa : 2.00 - 4.50 petang 

Tempat : Bilik Latihan

Kehadiran : 4 orang

Tujuan;

i. Melatih bakal-bakal usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan di tempat mereka.

ii. Menyediakan kemahiran perniagaan secara atas talian kepada komuniti yang berbakat.

iii. Menawarkan peluang-peluang pekerjaan di bidang teknologi maklumat dalam atas talian.

iv. Menanam minat komuniti kepada perniagaan yang boleh meningkatkan pendapatan ekonomi individu.

 

 

Aktiviti ;

a. Teknik-teknik perniagaan secara atas talian dipelajari kepada komuniti setempat.

b. Latihan-latihan membuat plan perniagaan, rekod kewangan dan poster perniagaan diajar oleh petugas.

c. Komuniti akan membangunkan perniagaan yang bakal mereka cipta secara atas talian.

d. Petugas akan mengajar beberapa apllikasi untuk membuat pembentangan plan perniagaan.

 

Gambar disini 

Nama Program : Klik Dengan Bijak-Awas Scammer Dan Buli Siber

Tarikh : 18 Mac 2024, Isnin

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Latihan

Kehadiran : 4 orang 

Tujuan :

i. Mencegah salah-guna internet dan media sosial dikalangan komuniti.

ii. Memberi peringatan kepada komuniti supaya berhati-hati bila melayari internet.

iii. Jangan mudah percaya dengan tawaran istimewah di laman-laman media sosial.

 

Aktiviti :

a. Tayangan video berbentuk Youtube Klik Dengan Bijak berdasarkan kisah-kisah yang telah berlaku di alam siber.

b. Sesi taklimat secara ringkas kepada komuniti yang hadir berkenaan kempen Klik Dengan Bijak.

c. Soalan-soalan Klik Dengan Bijak untuk menguji kefahaman komuniti.

 

Gambar disini

 

Sub-kategori