Nama Program : Kelas Asas ICT Dan Multimedia NADI Lepasan Sekolah Tarikh : 17, 18, 19, 23, 24, 25 Julai 2024 Masa : 2.00 petang dan 9.30 pagi Tempat : Bilik Latihan Kehadiran : 5 orang |
Tujuan :
i. Belajar kemahiran baru untuk meningkatkan diri bagi penyediaan ke dunia pekerjaan semasa.
ii. Mengasah bakat-bakat muda bagi menceburi bidang teknologi maklumat sebagai pendapatan individu.
iii. Memupuk semangat pembelajaran sepanjang hayat kepada muda-mudi untuk memantapkan ekonomi mereka di masa depan.
iv. Belajar teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kepada komuniti yang belum mengenali teknologi ini.
Aktiviti :
a. Komuniti disediakan komputer masing-masing untuk mengikuti program sehingga tamat modul yang disediakan oleh petugas.
b. Jadual kelas di sediakan oleh pihak NADI bermula hari Isnin sehingga Jumaat.
c. Modul yang digunakan menggunakan bahasa Melayu dan English.
d. Latihan akan di berikan kepada komuniti untuk menguji pemahaman mereka dalam modul yang telah dipelajari sebelum ini.
Nama Program : Advokasi Klik Dengan Bijak Lepasan Sekolah Tarikh : 17 Julai 224, Rabu dan 19 Julai 2024, Jumaat Masa : 2.00 petang dan 9.30 pagi Tempat : Bilik Latihan Kehadiran : 5 orang |
Tujuan :
i. Keselamatan dalam menggunakan internet oleh komuniti agar tidak berlaku penyalahgunaan internet yang ada unsur-unsur negatif.
ii. Kewaspadaan semasa berinteraksi didalam talian oleh komuniti terutamanya golongan muda.
iii. Jadilah pengguna internet yang positif dan berertika dalam masyarakat yang mengamalkan budaya ketimuran.
iv. Berhati-hati dengan sebarang tawaran hebat yang menyajikan tunai, anda akan menjadi mangsa penjenayah siber.
Aktiviti :
a. Tayangan video apa itu "Klik Dengan Bijak" dan tujuan utama kempen tersebut di sebarkan kepada komuniti.
b. Sesi penerangan oleh petugas NADI kepada komuniti kepentingan mempromosikan program ini kepada masyarakat luar.
c. Kisah-kisah penipuan siber semasa ditayangkan kepada komuniti agar menjadi peringatan jangan mudah tertipu dengan tawaran hebat tunai.
Nama Program : Kursus Asas Penuh Penanaman Cendawan Tiram Tarikh : 22 Jun 2024, Sabtu Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang Tempat : NADI Tebedu Kehadiran : 6 orang peserta ( Dewasa) |
Tujuan :
i. Membelajari kemahiran baru dalam sektor pertanian yang boleh dikomersialkan dipasaran setempat dan luar.
ii. Menjadikan sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan keluarga atau individu.
iii. Memberi peluang pekerjaan kepada komuniti setempat yang luas dan lumayah hasilnya.
iv. Belajar untuk menanam, menjaga dan menuai hasil tanaman yang sempurna dan sistematik.
Aktiviti :
a. Taklimat oleh Usahawanita yang berjaya (Puan Liana Laha) pemilik Syarikat Kurat Maju dari Bahagian Serian.
b. Mengajar amali pembuatan bongkah penanaman kulat iaitu mengukus, menyuntik benih dan penjagaan kulat dari mula hingga akhir tuaian.
c. Belajar cara penjagaan, penuaian dan pembungkusan kulat.
d. Amali pembuatan cendawan goreng 'crispy' oleh Puan Liana Laha.
Nama Program : Ujian Asas ICT, Multimedia Dan Keusahawanan Untuk Lepasan Sekolah . Tarikh : 24 Jun 2024, Isnin Masa : 9.30 pagi Tempat : Bilik Latihan NADI Kehadiran : 4 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) |
Tujuan :
i. Melahirkan komuniti yang mahir dalam penggunaan teknologi ICT semasa.3
ii. Menguji setakat mana tahap kemahiran dalam pembelajaran kursus di NADI.
iii. Melayakkan komuniti untuk mendapatkan sijil kemahiran di agensi yang bertauliah oleh pihak kerajaan.
iv. Memberi peluang kepada komuniti untuk mempamerkan kebolehan serta kreativitif mereka dalam bidang teknologi.
Aktiviti :
a. Soalan dijawab dalam komputer yang disediakan oleh pihak NADI kepada komuniti.
b. Petugas akan membantu jika terdapat komuniti yang kurang faham bagaimana hendak menjawab soalan yang telah diberikan oleh petugas.
c. Tiada kertas diperlukan untuk menjawab soalan, hanya menggunakan kemahiran yang telah dipelajari.
d. Masa diberikan kepada komuniti secukupnya untuk menyelasaikan semua soalan tersebut.
Nama Program : Kelas Asas ICT Dan Multimedia Untuk Lepasan Sekolah. Tarikh : 10,11,12,13,14 (Isnin - Jumaat) Masa : 9.30 pagi Tempat : Bilik Latihan NADI Kehadiran : 4 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) |
Tujuan :
i. Untuk memberi latihan ICT bagi meningkatkan pengetahuan semasa komuniti berkenaan dengan kemajuan teknologi.
ii. Belajar kemahiran teknologi yang boleh melayakkan komuniti untuk memohon pekerjaan di sektor kerajaan atau swasta.
iii. Memberi latihan asas perniagaan menggunakan jaringan internet bagi membangunkan kedai atas talian.
iv. Memupuk komuniti supaya meminati berniaga secara kecil-kecilan menerusi pemasaran atas talian.
Aktiviti:
a. Komuniti belajar di Bilik Latihan yang disediakan tanpa bayaran yuran bulanan.
b. Setiap komuniti yang telah menjadi ahli berdaftar NADI layak untuk mengikuti latihan.
c. Modul pembelajaran disediakan dalam bahasa Melayu dan bahasa English.
d. Latihan setiap modul yang telah dibelajari akan dibuat oleh komuniti sendiri dengan bimbingan petugas NADI.