Tarikh: 13 Januari 2021

Masa :9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Peserta : Lepasan SPM 

Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Tebedu     

Tujuan:

Kelas membimbing komuniti untuk belajar asas berkenaan dengan teknologi maklumat bagi memudahkan mereka mencari peluang pekerjaan di sektor kerajaan atau swasta. Komuniti berpeluang untuk mendapat pengetahuan am mengenai ICT dengan percuma hanya berdaftar sebagai ahli di mana-mana pusat internet.

 

Aktiviti:

Petugas akan memberi tunjuk-ajar mengikut modul asas yang disediakan agar komuniti senang belajar secara teori dan pratikal. Komuniti akan di beri latihan secara berperingkat mengikut kemahiran yang akan mereka belajari selama kehadiran di kelas yang telah ditetapkan.

Gambar disini

Tarikh : 12 Januari 2021 (Selasa)

Masa : 2.00 petang - 4.30 petang

Peserta : 1 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia)

Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Tebedu

Tujuan:

Menyediakan latihan asas keusahawanan kepada komuniti agar mereka berminat untuk menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Ini akan memupuk semangat untuk menjadikan bidang perniagaan sendiri sebagai pendapatan sampingan atau tetap untuk diri sendiri dan keluarga. Dengan adanya kelas ini, dapat membantu komuniti untuk meningkatkan taraf sosia-ekonomi mereka tanpa terlalu bergantung dengan pekerjaan di sektor kerajaan ataupun swasta.

 

Aktiviti:

Komuniti diberikan penerangan secara lisan menggunakan modul yang telah ditetapkan oleh pihak Pusat Internet Tebedu menggunakan nota paparan di skrin. Petugas akan memberi latihan berdasarkan modul yang sedia ada untuk komuniti mudah untuk memahami sukatan pembelajaran yang disampaikan.

 

Gambar disini

Teknik Pembuatan Seni Manik Kabo

Tarikh: 12 Disember 2020

Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang

Peserta : 2 orang (Belia dan Wanita )

Tempat : Pusat Internet Komuniti Tebedu 

 

Tujuan :

Memberi peluang komuniti untuk mempelajari tenik membuat Kabo dari manik yang dibentuk menggunakan tali yang di cucuk dengan jarum khas untuk memasukkan manik-manik yang aneka warna dan bentuk. Kelas ini memberi kemudahan kepada komuniti yang berminat untuk mempelajari pembuatan Kabo Manik ini untuk hobi dan boleh dijual bagi menambah pendapatan individu sendiri. Petugas telah bekerjasama dengan guru manik untuk mengadakan kelas ini di Pusat Internet.

 

Aktiviti:

Kelas membuat teknik Manik Kabo dibimbing oleh guru yang pakar dalam bidang pembuatan manik yang mempunyai butik manik jualan beliau di Kampung Taee, Serian. Peserta masing-masing diberikan bahan-bahan untuk membentuk Kabo Manik dengan menggunakan jarum dan tali. Semasa proses ini, guru akan mengajar langkah demi langkah untuk memasukkan manik dan cara mengikat manik tersebut.

Gambar disini

 

 

Sub-kategori