Nama Program : Kelas e-tuisyen secara atas talian

Tarikh: 7,8,15,21,22 Ogos 2021 (Sabtu dan Ahad)

Masa : 9.30 pagi, 10.15 pagi, 11.00 pagi, 2.00 petang dan 3.15 petang

Peserta : 4 orang (Darjah 4), 1 orang (Darjah 5), 1 orang(Tingkatan 3) dan 1 orang (Tingkatan 4)

 

Tujuan :

Memberi panduan kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran mereka terutamanya dalam tempoh norma baru disebabkan wabak Covid 19 ini tiada sekolah dibuka operasi. Pelajar terpaksa belajar secara atas talian supaya tidak tercicir dalam pelajaran mereka.

 

Aktiviti:

Pelajar diberikan link untuk mereka sendiri mengikuti kelas atas talian mengikut pendaftaran matapelajaran yang mereka telah buat sebelum ini kepada petugas Pusat Internet Komuniti. Nota ada disediakan oleh tenaga pelajar atau cikgu yang bertauliah oleh pihak yang berkenaan.

 

Gambar disini

 

Nama Program : Kelas Asas ICT

Tarikh: 21-22 Mei 2021, Jumaat & Sabtu

Masa : 2.30 petang - 4.30 petang

Peserta : 3 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia)

Tempat : Bilik Latihan Pusat internet Komuniti Tebedu  

Tujuan :

> Memberi kemahiran asas ICT bagi menyiapkan peserta dengan bidang pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke menara gading (universiti).

> Menyediakan pembelajaran ICT yang lebih sistematik berdasarkan modul yang di iktiraf oleh kerajaan.

> Memberi keyakinan kepada peserta untuk menempuhi alam siber yang lebih mencabar.

> Menyampaikan mesej norma-norma positif agar tiada penyalahgunaan internet dan media sosial oleh komuniti.

 

Aktiviti:

~ Peserta diberikan taklimat berkenaan dengan modul yang bakal diajar.

~ Peserta akan diarahkan membuat tugasan di PC yang disediakan sehingga selesai.

~ Petugas akan membantu secara berperingkat setiap modul yang diajarkan.

~ Petugas akan memastikan peserta faham dan boleh membuat latihan yang disediakan.

 

Gambar disini

 

Nama Program : Dikenali juga sebagai Bengkel PUPUK @ Shopee Online Class

Tarikh : 2 Ogos 2021 (Isnin)

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Peserta : 2 orang

Tempat : 1 orang online di rumah dan 1 orang di Pusat Internet Komuniti

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka di dalam web Shopee. Ini memahirkan pengetahuan ICT mereka bagi memajukan pendapatan sampingan secara atas talian.

 

Aktiviti:

Bengkel ini diajar oleh pihak pengurusan Shopee yang bertauliah dimana mereka akan menunjuk-ajar langkah-langkah untuk menjadi pembekal kepada pembeli produk yang dipromosi dan didaftra dalam web Shopee.

 

Gambar disini

Nama Program : Kelas Asas ICT

Tarikh: 7 April 2021, Rabu

Masa: 2.00 petang - 4.00 petang

Peserta: 3 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia)

Tempat: Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Tebedu

Tujuan:

* Melatih komuniti belajar menggunakan perkakasan ICT dengan menghadiri kelas secara manual dan membuat latihan yang disediakan modul.

* Memberi kemahiran ICT kepada lepasan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi.

* Menyediakan pengetahuan asas untuk menghadapi alam pekerjaan dalam sektor swasta dan individu.

 

Aktiviti:

-> Peserta melakukan tugasan membuat latihan menggunakan perisian Microsoft Office.

-> Memperkenalkan penggunaan peisian dalam sesuatu tugasan berpandukan modul.

-> Mengajar teknik-teknik yang baru kepada para peserta.

Gambar disini

Sub-kategori