Tarikh : 3 Mac 2021 Masa : 9.30am - 11.30am Peserta : 1 Orang Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Tebedu |
Tujuan:
* Memberi latihan kemahiran kepada belia yang sedang mencari peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran pengetahuan mengenai teknologi maklumat.
* Memudahkan golongan belia untuk menambah dan mengasah bakat dalam bidang keusahawanan.
* Menggalakkan belia supaya menjalankan perniagaan sendiri dengan dibantu oleh media internet iaitu perniagaan atas talian.
* Menjimatkan kos perbelanjaan para belia yang ingin mendapatkan sijil penyertaan kursus berasaskan teknologi maklumat.
Aktiviti:
-> Modul disediakan oleh petugas dalam bahasa melayu yang mudah difahami secara manual
-> Latihan diberikan berpandu dengan modul yang diajar selepas tamat setiap modul.
-> Bengkel membuat tugasan perancangan harian serta pelan perniagaan di ajar.
->Setelah selesai semua modul diajar, peserta akan menduduki ujian kemahiran ICT.
Tarikh : 9.2.2021,10.2.2021,11.2.2021,15.22021 & 16.2.2021 Masa : 2.00 pm - 4.30 pm Peserta : 2 orang (Lepasan IPTA & Pelajar Kolej) Tempat : Bilik Latihan |
Tujuan:
Memberi kemahiran keusahawanan kepada komuniti yang berminat untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan hingga ke peringkat yang lebih besar. Dengan adanya pengetahuan asas ini dapat memberi keyakinan kepada komuniti untuk berjinak serta menceburi bidang keusahawanan dalam menghasilkan produk sendiri atau memasarkan produk tempatan ke luar. Kelas dan bengkel kaedah pengurusan pentadbiran yang diajarkan kepada komuniti adalah mengikut standard yang di iktiraf oleh umum. Setelah tamat pembelajaran modul ini, komuniti akan dianugerahkan Sijil Penyertaan dari Pusat Internet Komuniti Tebedu secara rasmi.
Aktiviti:
Komuniti akan belajar mengenai bagaimana menyediakan dokumentasi:-
- pengurusan wang perniagaan
- pelan pemasaran perniagaan
- penjenamaan perniagaan
- bahan pemasaran perniagaan
Tarikh : 5 Februari 2021 (Jumaat) Masa : 2.00 pm - 4.30 pm Peserta : 1 orang(Lepasan IPTA) Tempat : Bilik Latihan |
Tujuan:
Mendedahkan perisian multimedia kepada peserta agar mereka dapat menambah pengetahuan untuk membuat pembentangan di masa depan. Kelas ini memberi kemudahan kepada peserta untuk menambah pengetahuan dalam menghasilkan pembentangan projek dalam bentuk animasi berbagai paparan.
Aktiviti :
Modul multimedia diajar kepada peserta dengan memberi tunjuk-ajar bagaimana menghasilkan paparan animasi yang menarik dalam tayangan pembentangan projek atau tugasan umum. Peserta akan diberi beberapa latihan yang berkaitan dengan multimedia dengan muat turun video, gambar dan imej. Kemahiran pembentangan multimedia ini akan digunakan oleh peserta untuk menyiapkan tugasan.
Tarikh : 2 Februari 2021 (Selasa) Masa : 2.00pm - 4.30 pm Peserta : 1 orang (Lepasan IPTA ) Tempat : Bilik Latihan |
Tujuan:
Menambah kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office bagi peserta yang belum mahir selok-belok applikasi seperti Word dan Excel dalam urusan seharian. Dengan adanya pembelajaran yang lebih meluas, peserta boleh menambah pengetahuan mereka dalam bidang penulisan dokumen atau risalah dan merekod data kewangan atau senarai peralatan.
Aktiviti:
Kelas bermula dengan penerangan oleh petugas mengenai modul yang akan dipelajari amat berfaedah untuk peserta agar mudah membuat latihan yang diberikan nanti. Peserta akan membuka perisian Microsoft Word dan Excel untuk menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan.Peserta akan diberikan beberapa latihan berkaitan dengan modul yang diajar sehingga mahir.