Kelas Modul Memperkenalkan Microsoft Office Powerpoint

Tarikh: 5 Oktober 2020

Hari/Masa: Isnin, 2.00pm - 4.30pm

Peserta : 4 orang ( Sekolah Menengah & Lepasan SPM)   

Tempat : Bilik Latihan

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana menggunakan Microsoft Office Powerpoint dalam kehidupan seharian mereka. Dimana peserta akan diberi tunjuk-ajar cara-cara menggunakan perisian Powerpoint untuk tugasan pembentangan projek sekolah atau individu. Petugas akan menerangkan kebaikan dan faedah kegunaan perisian powerpoint ini dalam aktiviti-aktiviti semasa.

 

Aktiviti:

Para peserta akan diberikan latihan membuat perancangan dengan menggunakan perisian Powerpoint dimana mereka akan menaip, mencipta latarbelakang, memasukkan gambar, imej, bunyi, video dan sebagainya. Selain itu, peserta akan diajar bagaimana menggunakan kesan animasi dan susun-atur perkataan dan imej yang telah mereka masukkan dalam hamparan atau slide projek mereka.

Gambar disini

 

Anjuran Suruhanhjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Nama Program : Modul "Klik Dengan Bijak" Anjuran MIV(Malaysia ICT Volunteer) siri ke-2

Tarikh Mula : 5 September 2020

Peserta Sukarelawan : 4 orang

Sebaran : Media Sosial

Tujuan:

  • Hak dan Tanggungjawab Warga Digital
  • Maklumat Palsu
  • Kawalselai Kendiri
  • Sebenarnya.my
  • Cybergenius
  • Kandungan "Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong

Aktiviti:

  • Sebaran secara bersemuka bersama komuniti
  • Sebaran melalui Facebook, Whatssap, Instagram dan lain-lainnya
  • Sebaran secara risalan kepada komuniti

Gambar disini

 

Tarikh : 15 September 2020 

Hari/Masa : Selasa / 2.30petang -4.30petang

Peserta : 3 orang (Lepasan SPM & Tingkatan 3) 

Tempat : Bilik Latihan

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan mempelajari asas komputer untuk kegunaan di masa depan mereka bila mereka telah menamatkan pengajian nanti. Selain itu, kelas ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang digital semasa. Ini memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan sijil asas apabila mereka tamat kelak dan menggunakan kemahiran ini dalam bidang pekerjaan yang mereka pohon selepas tamat belajar.

 

Aktiviti :

Para peserta diberi taklimat dengan menggunakan modul "easy step intel" dalam buku bahasa Malaysia agar mudah difahami oleh mereka. Petugas akan menerangkan satu-persatu peralatan perkakasan dan perisian yang ada dalam set komputer di dalam bilik latihan yang telah disediakan oleh pihak SKMM (MCMC). Mereka juga berpeluang untuk bertanya kepada petugas sekiranya kurang faham dengan modul yang disampaikan.

Gambar disini

Tarikh : 18 September 2020 

Hari/Masa : Jumaat / 2.30petang -4.30petang  

Peserta : 4 orang (Lepasan SPM & Sekolah Menengah)

Tempat : Bilik Latihan 

Tujuan :

Kelas pengenalan kepada asas internet dan emel dimana para pelatih diberi penerangan berkenaan dengan fungsi dan kegunaan kedua-dua item ini untuk urusan seharian. Peranan talian internet amat penting kepada individu dalam pencarian maklumat dan penghantaran mesej dan dokumen untuk berkomunikasi diantara satu sama lain dalam jarang yang jauh iaitu alam maya tanpa sempadan.

 

Aktiviti :

Para pelatih diajar untuk menaip carian enjin untuk memasuki gerbang teknologi maklumat didalam set komputer yang disambung talian ke rangkaian internet global. Di sini, mereka boleh melayari segala maklumat tanpa batasan dengan hanya duduk di depan set komputer mereka di pejabat, rumah, sekolah atau di mana-mana saja asalkan ada sambungan ke talian internet sama ada menggunakan telefon pintar.

Gambar disini

 

Mencipta Katalog Perniagaan

Tarikh : 9 September 2020 

Hari / Masa : Rabu/2.30 petang-4.30 petang   

Peserta : 3 orang (Lepasan SPM)

Tempat : Bilik Latihan

Tujuan :

Memberi latihan kepada para peserta bagaiman untuk mencipta katalog perniagaan sendiri yang bakal akan di buka masa depan. Selain itu, mereka akan mempelajari untuk mencipta katalog yang ringkas dan padat mengenai produk yang mereka hasilkan sendiri. Dengan ini, mereka mudah untuk menambah dan menukar menu atau katalog mereka mengikut produk-produk baru yang di keluarkan oleh mereka sendiri.

 

Aktiviti :

Setiap peserta akan menggunakan set komputer masing-masing untuk mencipta bentuk dan saiz katalog yang hendak dihasilkan mengikut produk apa yang dikeluarkan. Setelah itu, imej dan gambar yang berkaitan dengan produk mereka akan diletakkan dalam katalog mereka dengan pemilihan warna-warna yang menarik hati pelanggan atau umum.

Gambar disini

Sub-kategori