Tarikh : 12 Januari 2021 (Selasa) Masa : 2.00 petang - 4.30 petang Peserta : 1 orang (Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia) Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Tebedu |
Tujuan:
Menyediakan latihan asas keusahawanan kepada komuniti agar mereka berminat untuk menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Ini akan memupuk semangat untuk menjadikan bidang perniagaan sendiri sebagai pendapatan sampingan atau tetap untuk diri sendiri dan keluarga. Dengan adanya kelas ini, dapat membantu komuniti untuk meningkatkan taraf sosia-ekonomi mereka tanpa terlalu bergantung dengan pekerjaan di sektor kerajaan ataupun swasta.
Aktiviti:
Komuniti diberikan penerangan secara lisan menggunakan modul yang telah ditetapkan oleh pihak Pusat Internet Tebedu menggunakan nota paparan di skrin. Petugas akan memberi latihan berdasarkan modul yang sedia ada untuk komuniti mudah untuk memahami sukatan pembelajaran yang disampaikan.
Teknik Pembuatan Seni Manik Kabo
Tarikh: 12 Disember 2020 Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang Peserta : 2 orang (Belia dan Wanita ) Tempat : Pusat Internet Komuniti Tebedu |
Tujuan :
Memberi peluang komuniti untuk mempelajari tenik membuat Kabo dari manik yang dibentuk menggunakan tali yang di cucuk dengan jarum khas untuk memasukkan manik-manik yang aneka warna dan bentuk. Kelas ini memberi kemudahan kepada komuniti yang berminat untuk mempelajari pembuatan Kabo Manik ini untuk hobi dan boleh dijual bagi menambah pendapatan individu sendiri. Petugas telah bekerjasama dengan guru manik untuk mengadakan kelas ini di Pusat Internet.
Aktiviti:
Kelas membuat teknik Manik Kabo dibimbing oleh guru yang pakar dalam bidang pembuatan manik yang mempunyai butik manik jualan beliau di Kampung Taee, Serian. Peserta masing-masing diberikan bahan-bahan untuk membentuk Kabo Manik dengan menggunakan jarum dan tali. Semasa proses ini, guru akan mengajar langkah demi langkah untuk memasukkan manik dan cara mengikat manik tersebut.
Bengkel pratikal menggunakan applikasi Canva untuk mencipta poster:
Tarikh: 1 Disember 2020 Masa: 2.00 petang - 4.30petang Peserta: 4 orang (Lepasan SPM & Sekolah Menengah Tempat:Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Tebedu |
Tujuan:
Membimbing komuniti agar mahir menggunakan applikasi yang pelbagai selain Microsoft Office iaitu Word, Excel dan Powerpoint. Dalam apllikasi Canva ini komuniti boleh mempelajari bagaimana menggunakan perisian ini secara online untuk mereka-cipta poster dan risalah yang berkaitan dengan peristiwa semasa atau dalam perniagaan.
Aktiviti:
Komuniti diberi tunjuk-ajar oleh petugas langkah demi langkah untuk mendaftar dalam Canva secara atas talian dengan menggunakan alamat email masing-masing. Disini mereka akan memilih corak poster,risalah, kad perayaan dan sebagainya. Setelah memilih corak yang di minati mereka seperti poster, mereka akan mengedit sendiri poster tersebut untuk memasukkan gambar atau menulis perkataan yang sesuai untuk poster tersebut.
Ujian Kursus ICT Melayakkan Mendapat Sijil Penyertaan dari Pusat Internet Komuniti Tebedu
Tarikh: 4 Disember 2020 Masa : 2.00 petang - 5.00 petang Peserta : 5 orang ( Dewasa, Lepasan SPM dan Sekolah Menengah Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Tebedu |
Tujuan:
Sesi untuk menguji kemahiran komuniti dalam bidang pengetahuan ICT yang sebelum ini mereka hadir dalam kelas-kelas ICT dan asas keusahawanan di Pusat Internet Komuniti Tebedu. Mereka akan menggunakan pengetahuan yang dipelajari sebelum untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh petugas. Ini akan memberi ingatan mereka kepada kemahiran yang dipelajari dalam modul-modul yang disediakan.
Aktiviti:
Komuniti diarahkan duduk ditempat masing-masing dengan menggunakan komputer yang telah disediakan soalan-soalan di depan skrin monitor. Soalan-soalan yang disediakan oleh petugas adalah berkaitan dengan apa yang telah diajar oleh petugas kepada komuniti. Mereka akan menjawab berpandukan modul-modul yang diajar secara teori dan pratikal untuk setiap subjek yang dihadiri semasa kelas-kelas ICT sebelum ini.
Tarikh: 12 November 2020 Masa : Khamis, 2.30 petang - 3.30 petang Peserta : 3 orang (Guru dan Pelajar) Tempat : Pusat Internet Komuniti Tebedu |
Tujuan:
Atas sebab sesi persekolahan di tunda, guru dan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah menjadikan Pusat Internet Komuniti Tebedu tempat untuk mereka mendapat talian internet yang stabil bagi menghadiri program pembelajaran dan menjawab kuiz, latihan, tugasan dan ujian secara atas talian. Guru-guru mereka telah menetapkan sambungan kepada laman web yang disediakan oleh pihak sekolah itu sendiri.
Aktiviti:
Para pelajar akan mencari sambungan ke laman web yang telah diberikan oleh guru mereka untuk menjawab dan membuat tugasan yang ditetapkan. Mereka dengan mudah dan selesa menjawab dan membuat tugasan di Pusat Internet Komuniti yang lengkap dengan peralatan ICT dan talian internet yang baik.